Selamat Datang Semua
Tanggal 13May menjadi titik penting dalam sejarah negara. Begitu juga dengan blog ini, ia bakal menjadi medium penting dalam menyebar maklumat dan membentuk buah fikir terkini kepada pencinta dan penagih tegar sukan bolasepak. Menjelang sebulan sebelum sepak mula Piala Dunia 2010, segala perkembangan dan laporan terkini semua pasukan bertanding akan diulaskini secara lawak dan padat. Aura Piala Dunia membuatkan negara kecoh sekejap dengan gembar gembur kelulusan pertaruhan bolasepak atau "judi halal". Apa kaitan 'Ascot Sport' dan 'Berjaya Group'?? Baca di akhbar berbahasa kebangsaan laporannya berbeza dgn cerita di akhbar mat salleh. Apa semua ni?? Siapa yang keliru dan dikelirukan?? Tunggu 2 3 hari untuk cerita selanjutnya....
Terima kasih pada semua pembaca baru, selamat berkenalan...

